Tuesday, March 09, 2010

Salasilah keturunan Keluarga

             Menurut kata nenek aku...aku ni asalnya dari keturunan Raja Cina Jembal di Kelantan...Betul ke...tah la..aku pun tak tahu..Semalam aku ada cari info pasal keturunan Raja Jembal ni.Banyak info yang aku dapat..
Aku iya2 sgt nak tahu pasal Keturunan Raja ni.Mana tahu ada cara nak mengubati penyakit aku n pantang larang yang wajib aku tinggalkan.
           Rupa2nya Keturunan Raja Jembal ni adalah dari wali songo iaitu wali allah satu ketika dulu...dorang ada mengamalkan ilmu putih iaitu ilmu agama yang mulia.Dia ada mendoakan kepada anak cucu cicitnya supaya menjadi golongan yang soleh.Jadi sesiapa anak cucu nya ni.kenala teruskan perjuangan dia untuk memartabatkan islam.mengamal kan segala perintah Allah dan meninggalkan larangan nya.Jika salah satunya dimungkiri..adalah bala yang menimpa.
          Pantang larang plak adala sikit yang aku jumpa.Tapi tak banyak la.Antaranya tak boleh makan ikan kekacang(tak silap aku ikan ni digunakan utk buat keropok ikan kat kelantan).Rebung,Tidak boleh menyentuh alat2 yang dibuat drpd buluh betung,kangkung,bayam duri,ikan duri,ikan kelah(biasa org masak asam pedas).Kalau makan boleh Kena penyakit kulit gatal2.
         Keturunan ni ada kaitannya plak ngan Che Siti Wan kembang & Puteri Saadong.Tapi aku rasa..aku dah banyak langgar pantang larang ni..Tu la dulu mak aku lalu pesan..jangan makan benda2 ni..tapi aku buat endah x endah..Menyesal aku x dengar kata mak dulu.Adakah aku telah terlanggar sumpahan tu...Adoi...
      

0 comments:

jom chat


ShoutMix chat widget

Blog kawan